Senarai Semak Temuduga SPP

Sebelum anda pergi temuduga pastikan anda telah bersedia selengkapnya, terutamanya berkenaan dengan dokumen yang telah disenaraikan di Senarai Semak. Senarai Semak Temuduga SPP ini perlu disediakan sebelum anda hadir ke temuduga, kegagalan menyediakan dokumen seperti di senarai semak menyebabkan anda tidak akan dibenarkan masuk ke bilik temuduga.

7 Dokumen Penting untuk Temudga SPP adalah seperti berikut:

Senarai Semak SPP

Selain daripada 7 perkara di atas anda juga dinasihatkan supaya membawa Buku Rancangan Pengajaran Harian semasa Praktikum, adakah ia wajib di bawa? Ya, ia memeang tidak diwajibkan disenarai semak, tetapi jadikan ia sebagai WAJIB. Ini penting kerana dari BUKU RPH ini penemuduga akan melihat hasil usaha anda semasa praktikum. Pastikan anda MEMBAWANYA.

Perkara yang paling penting yang dilihat oleh Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran ialah sijil akademik, terutamanya SPM dan Ijazah Sarjana Muda anda. Pastikan Ijazah anda mempunyai pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Kegagalan anda menunjukkan Pengiktirafan JPA ini akan menyebabkan anda GAGAL untuk diperakukan. Kes sebeginila h yang menyebabkan anda akan di GAGAL kan dengan mudah.

Pastikan anda mempunyai Skroll dan Transkrip penuh, dan bagi yang Ijazah dari luar negara pastikan Ijazah anda diiktiraf oleh JPA. Pengiktirafan JPA boleh di semak dan di print melalui :

Senarai Semak Temuduga SPP pula boleh di download di: 

SILA BUAT SALINAN SETIAP DOKUMEN DAN DISAHKAN OLEH PIHAK YANG LAYAK MENGIKUT SENARAI SEMAK.

Senarai Semak Temuduga SPP ini adalah untuk Temuduga Guru, bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Buku RPH Dapat Membantu Temuduga SPP

Temuduga SPP: Apa Yang Anda Perlu Tahu