Monday, 1 September 2014

Opsyen yang dipertimbangkan untuk eGtukar

Sepertimana yang semua sedia maklum, egtukar bagi sesi Jan 2015 sudah dibuka, permohonan bermula 1 September 2014 hingga 30 September. Permohonan pertukaran kali ini dijangka akan lebih ramai berbanding sesi Jun 2014.

Bagi memastikan permohonan anda pada kali ini benar-benar berbaloi anda perlu merujuk opsyen yang dipertimbangkan ke setiap negeri-negeri. Perkara ini penting bagi memastikan permohonan anda menepati kekosongan yang ada bagi setiap negeri berdasarkan opsyen.

Antara opsyen yang boleh dipertimbangkan mengikut negeri bagi Sekolah Rendah adalah seperti dibawah:

Tuesday, 26 August 2014

Semakan Temuduga SPP Permata DGA41

Semakan temuduga SPP bagi calon PERMATA dan Teach For Malaysia, untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DGA41 dan Gred DG29. Temuduga ini akan dilaksanakan di Putrajaya pada 2 September 2014.

Sunday, 24 August 2014

Buku RPH Dapat Membantu Temuduga SPP

Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 merupakan temuduga yang sangat penting bagi bakal-bakal guru. Temuduga ini bukanlah sekadar sembang-sembang sahaja, tetapi ia sebenarnya merupakan temuduga yang bertujuan untuk memilih seorang guru yang terbaik, jika sebelum ini kita dengar hanya sembang-sembang sahaja sudah pasti anda silap. Ia bukan sembang yang biasa, ia sembang tetapi dalam sembang ada sesuatu yang dicarinya.

Baiklah, kali ini admin ingin tegaskan berkenaan pentingnya membawa buku RPH ketika temuduga. Ya, sememangnya buku RPH ini tidak diwajibkan, tetapi ia digalakkan untuk membawanya. Namun suka untuk admin tegaskan di sini bahawa jadikannya ia sebagai WAJIB. Ini kerana, buku Rancangan Pengajaran Harian ini sangat penting untuk dilihat oleh panel temuduga, dari RPH ini mereka akan dapat melihat hasil kerja yang telah kita jalankan semasa Praktikum.

Sunday, 3 August 2014

Senarai Semak Temuduga SPP

Sebelum anda pergi temuduga pastikan anda telah bersedia selengkapnya, terutamanya berkenaan dengan dokumen yang telah disenaraikan di Senarai Semak. Senarai Semak Temuduga SPP ini perlu disediakan sebelum anda hadir ke temuduga, kegagalan menyediakan dokumen seperti di senarai semak menyebabkan anda tidak akan dibenarkan masuk ke bilik temuduga.

7 Dokumen Penting untuk Temudga SPP adalah seperti berikut:

Wednesday, 23 July 2014

Semakan Temuduga SPP Pembantu Tadbir

Selain temuduga jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran juga berperanan dalam menemuduga Anggota Kumpulan Pelaksana seperti Pembantu Tadbir, Penyelia Asrama, Pembantu Pengurusan Murid, Pembantu Makmal, Pembantu Operasi, Pegawai Khidmat Pelanggan dan Pemandu Kenderaan.

Monday, 21 July 2014

Semakan Keputusan Temuduga SPP 2014

Selepas selesai Temuduga SPP, pasti semua akan berasa lega kan? Keluar sahaja pintu bilik temuduga kita akan berasa seperti segala beban yang dipikul telah dilepaskan semua. Pasti saat itu lah, kelegaan, kegembiraan tidak dapat diterjemahkan dengan kata-kata lagi.

Saturday, 19 July 2014

Temuduga SPP: Apa Yang Anda Perlu Tahu

Temuduga SPP, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan merupakan temuduga yang penting untuk guru-guru kerana di sinilah seseorang guru itu akan di nilai dan seterusnya di berikan lantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), dahulunya disebut sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS). Bagi calon-calon yang ingin memohon jawatan tetap sebagai Guru DG41, permohonan temuduga hendaklah dibuat di laman sesawang JobMalaysia. Sebelum ini urusan permohonan diuruskan oleh IPGM masing-masing, namun setelah jawatan guru ini dibuka untuk 'Pasaran Terbuka' kini ia perlu melalui JobMalaysia.

Tips Temuduga SPP