Posts

Showing posts from August, 2014

Semakan Temuduga SPP Permata DGA41

Image
Semakan temuduga SPP bagi calon PERMATA dan Teach For Malaysia , untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DGA41 dan Gred DG29 . Temuduga ini akan dilaksanakan di Putrajaya pada 2 September 2014.

Buku RPH Dapat Membantu Temuduga SPP

Image
Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 merupakan temuduga yang sangat penting bagi bakal-bakal guru. Temuduga ini bukanlah sekadar sembang-sembang sahaja, tetapi ia sebenarnya merupakan temuduga yang bertujuan untuk memilih seorang guru yang terbaik, jika sebelum ini kita dengar hanya sembang-sembang sahaja sudah pasti anda silap. Ia bukan sembang yang biasa, ia sembang tetapi dalam sembang ada sesuatu yang dicarinya. Baiklah, kali ini admin ingin tegaskan berkenaan pentingnya membawa buku RPH ketika temuduga. Ya, sememangnya buku RPH ini tidak diwajibkan, tetapi ia digalakkan untuk membawanya. Namun suka untuk admin tegaskan di sini bahawa jadikannya ia sebagai WAJIB. Ini kerana, buku Rancangan Pengajaran Harian ini sangat penting untuk dilihat oleh panel temuduga, dari RPH ini mereka akan dapat melihat hasil kerja yang telah kita jalankan semasa Praktikum.

Senarai Semak Temuduga SPP

Image
Sebelum anda pergi temuduga pastikan anda telah bersedia selengkapnya, terutamanya berkenaan dengan dokumen yang telah disenaraikan di Senarai Semak . Senarai Semak Temuduga SPP ini perlu disediakan sebelum anda hadir ke temuduga, kegagalan menyediakan dokumen seperti di senarai semak menyebabkan anda tidak akan dibenarkan masuk ke bilik temuduga. 7 Dokumen Penting untuk Temudga SPP adalah seperti berikut: