Semakan Temuduga SPP Permata DGA41

Semakan temuduga SPP bagi calon PERMATA dan Teach For Malaysia, untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DGA41 dan Gred DG29. Temuduga ini akan dilaksanakan di Putrajaya pada 2 September 2014.



Calon boleh menyemak senarai nama dan Jadual Temuduga di web Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Pastikan calon yang terlibat memuat turun Senarai Semak yang telah disediakan oleh SPP.

Untuk temuduga di Putrajaya anda perlu mematuhi beberapa tatacara temuduga di Putrajaya yang telah digariskan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.

Contoh soalan Temuduga Guru Calon Permata boleh juga rujuk di sini: Contoh Soalan Temuduga Guru dan Panduan Temuduga SPP


Bagi Calon Temuduga Permata dan Teach For Malaysia, pastikan anda bersedia dengan soalan berkaitan Permata dan Teach For Malaysia. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran ingin mencari calon yang benar-benar layak dan mampu memikul amanah serta tanggungjawab yang telah diberikan.

Pastikan anda membaca Tips dan Panduan Temuduga SPP dengan baik, serta menyediakan dokumen untuk temuduga dengan sempurna. Kegagalan anda menyediakan dokumen yang lengkap menyebabkan anda gagal untuk ditemuduga.

Comments

Popular posts from this blog

Buku RPH Dapat Membantu Temuduga SPP

Temuduga SPP: Apa Yang Anda Perlu Tahu

Senarai Semak Temuduga SPP