Temuduga SPP: Apa Yang Anda Perlu Tahu

Temuduga SPP, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan merupakan temuduga yang penting untuk guru-guru kerana di sinilah seseorang guru itu akan di nilai dan seterusnya di berikan lantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), dahulunya disebut sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS). Bagi calon-calon yang ingin memohon jawatan tetap sebagai Guru DG41, permohonan temuduga hendaklah dibuat di laman sesawang JobMalaysia. Sebelum ini urusan permohonan diuruskan oleh IPGM masing-masing, namun setelah jawatan guru ini dibuka untuk 'Pasaran Terbuka' kini ia perlu melalui JobMalaysia.

Tips Temuduga SPP


Bagaimana Temuduga ini dijalankan?
Kebiasaanya, setelah anda dipanggil untuk ke temuduga spp, anda hendaklah hadir ke tempat temuduga dengan membawa dokumen yang lengkap berdasarkan senarai semak yang telah ditetapkan. Bagi mereka yang tidak menyediakan dokumen yang lengkap kemungkinan besar akan ditahan dari masuk ke bilik temuduga.

Berapa orang akan masuk ke dalam bilik temuduga?
Temduga SPP pada kebiasaannya akan dijalankan secara berkumpulan, setiap kali sesi temuduga seramai 5 orang akan masuk secara serentak. Kadang-kadang akan jadi 6 orang bergantung kepada keadaan masa dan jumlah calon.

Cara jawab soalan temuduga pula hendaklah mengikut arahan yang dan soalan yang telah ditetapkan oleh penemuduga. Kebiasaanya ada 2 orang penemuduga, seorang dari warga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, dan seorang dari KPM atau JPN atau mungkin juga pensyarah dari IAB atau IPGM.

Bagaimana jawapan yang diperlukan?
Untuk menjawab soalan yang diajukan, anda hendaklah menjawab apa yang ditanya sahaja, jangan menjawab soalan ketika orang lain sedang ditanya, walaupun anda masuk secara berkumpulan, tetapi soalan yang diajukan adalan secara individu.

Adakah memerlukan huraian yang panjang?
Tidak perlu menjawab dengan huraian yang berjela-jela, kerana pihak penemuduga hanya inginkan jawapan yang tepat dan padat. Tidak perlu huraian yang terlalu panjang sehinggakan masuk kepada tajuk yang lain. Penemuduga hanya inginkan jawapan yang tepat dan ada markah setiap jawapan yang betul.

Apa nak buat jika tidak tahu menjawab soalan yang diajukan?
Ada ramai calon yang memberikan jawapan yang tidak menepati soalan dan telah meng 'goreng' sahaja jawapan sendiri. Adakah ini boleh dilakukan? Sebenarnya jawapan yang dikehendaki oleh penemuduga adalah jawapan yang tepat sahaja. Jika anda hurai dan goreng tetapi langsung tidak menepati soalan, ia sebenarnya menampakkan bahawa anda tidak membaca. Oleh itu pastikan anda menjawab dengan tepat kerana setiap jawapan ada markahnya, bukan banyak bercakap banyak markahnya.

Berapa soalan yang akan ditanya dan berapa lama bagi satu sesi?
Kebiasaanya soalan yang akan ditanya tidak melebihi 10 soalan, dan minima 7 soalan, tapi ini bergantung kepada penemuduga. ada yang penemuduga tanya 2 soalan sahaja, dan apabila ramai yang tidak dapat menjawab terus penemuduga 'membebel' . Ya, ini pernah berlaku. Setiap sesi mengambil masa dalam 40-1.30 minit, kebiasaannya kumpulan pertama bagi sesi pagi akan lebih lama. Maklumlah masa ini masih segar dan bersemangat lagi.

Diharap tips dan panduan temuduga spp ini dapat membantu anda ketika temuduga nanti, kita berjumpa lagi dalam tajuk seterusnya akan datang..

Comments

Popular posts from this blog

Buku RPH Dapat Membantu Temuduga SPP

Senarai Semak Temuduga SPP