Buku RPH Dapat Membantu Temuduga SPP

Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 merupakan temuduga yang sangat penting bagi bakal-bakal guru. Temuduga ini bukanlah sekadar sembang-sembang sahaja, tetapi ia sebenarnya merupakan temuduga yang bertujuan untuk memilih seorang guru yang terbaik, jika sebelum ini kita dengar hanya sembang-sembang sahaja sudah pasti anda silap. Ia bukan sembang yang biasa, ia sembang tetapi dalam sembang ada sesuatu yang dicarinya.

Baiklah, kali ini admin ingin tegaskan berkenaan pentingnya membawa buku RPH ketika temuduga. Ya, sememangnya buku RPH ini tidak diwajibkan, tetapi ia digalakkan untuk membawanya. Namun suka untuk admin tegaskan di sini bahawa jadikannya ia sebagai WAJIB. Ini kerana, buku Rancangan Pengajaran Harian ini sangat penting untuk dilihat oleh panel temuduga, dari RPH ini mereka akan dapat melihat hasil kerja yang telah kita jalankan semasa Praktikum.


Buku Rancangan Pengajaran Harian

Dengan adanya buku ke RPH ini kita dapat mempamerkan hasil kerja kita dan sudah pasti pihak panel temuduga akan berasa ya, anda memang layak menjadi guru. Daripada RPH itu juga ada markah yang akan diberikan oleh pihak panel. Walaubagaimanapun pastikan RPH anda itu benar-benar lengkap dan menepati kaedah penulisan Rancangan Pengajaran Harian yang sebenar.

Bagaimana jika terlupa membawa Buku RPH?
Jika terlupa mungkin anda perlu jelaskan sebaiknya, pastikan anda mempunyai alasan yang munasabah kerana terlupa. Oleh yang demikian, sebelum pergi temuduga pastikan anda telah mengemas barang-barang dan dokumen yang diperlukan untuk temuduga. Sila semak senarai dokumen di senarai semak yang telah disedikan.

Semoga sedikit tips ini dapat membantu anda dan memberi inspirasi untuk anda berjaya dalam temuduga SPP. Kita jumpa lagi dalam tips dan panduan seterusnya.

Selamat Berjaya.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Temuduga SPP: Apa Yang Anda Perlu Tahu

Senarai Semak Temuduga SPP