Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 merupakan temuduga yang sangat penting bagi bakal-bakal guru. Temuduga ini bukanlah sekadar sembang-sembang sahaja, tetapi ia sebenarnya merupakan temuduga yang bertujuan untuk memilih seorang guru yang terbaik, jika sebelum ini kita dengar hanya sembang-sembang sahaja sudah pasti anda silap. Ia bukan sembang yang biasa, ia sembang tetapi dalam sembang ada sesuatu yang dicarinya. Baiklah, kali ini admin ingin tegaskan berkenaan pentingnya membawa buku RPH ketika temuduga. Ya, sememangnya buku RPH ini tidak diwajibkan, tetapi ia digalakkan untuk membawanya. Namun suka untuk admin tegaskan di sini bahawa jadikannya ia sebagai WAJIB. Ini kerana, buku Rancangan Pengajaran Harian ini sangat penting untuk dilihat oleh panel temuduga, dari RPH ini mereka akan dapat melihat hasil kerja yang telah kita jalankan semasa Praktikum.