Opsyen yang dipertimbangkan untuk eGtukar
Sepertimana yang semua sedia maklum, egtukar bagi sesi Jan 2015 sudah dibuka, permohonan bermula 1 September 2014 hingga 30 September. Permohonan pertukaran kali ini dijangka akan lebih ramai berbanding sesi Jun 2014. Bagi memastikan permohonan anda pada kali ini benar-benar berbaloi anda perlu merujuk opsyen yang dipertimbangkan ke setiap negeri-negeri. Perkara ini penting bagi memastikan permohonan anda menepati kekosongan yang ada bagi setiap negeri berdasarkan opsyen. Antara opsyen yang boleh dipertimbangkan mengikut negeri bagi Sekolah Rendah adalah seperti dibawah: