Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 merupakan temuduga yang sangat penting bagi bakal-bakal guru. Temuduga ini bukanlah sekadar sembang-sembang sahaja, tetapi ia sebenarnya merupakan temuduga yang bertujuan untuk memilih seorang guru yang terbaik, jika sebelum ini kita dengar hanya sembang-sembang sahaja sudah pasti anda silap. Ia bukan sembang yang biasa, ia sembang tetapi dalam sembang ada sesuatu yang dicarinya. Baiklah, kali ini admin ingin tegaskan berkenaan pentingnya membawa buku RPH ketika temuduga. Ya, sememangnya buku RPH ini tidak diwajibkan, tetapi ia digalakkan untuk membawanya. Namun suka untuk admin tegaskan di sini bahawa jadikannya ia sebagai WAJIB. Ini kerana, buku Rancangan Pengajaran Harian ini sangat penting untuk dilihat oleh panel temuduga, dari RPH ini mereka akan dapat melihat hasil kerja yang telah kita jalankan semasa Praktikum.
Temuduga SPP , Pegawai Perkhidmatan Pendidikan merupakan temuduga yang penting untuk guru-guru kerana di sinilah seseorang guru itu akan di nilai dan seterusnya di berikan lantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) , dahulunya disebut sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS). Bagi calon-calon yang ingin memohon jawatan tetap sebagai Guru DG41 , permohonan temuduga hendaklah dibuat di laman sesawang JobMalaysia. Sebelum ini urusan permohonan diuruskan oleh IPGM masing-masing, namun setelah jawatan guru ini dibuka untuk 'Pasaran Terbuka' kini ia perlu melalui JobMalaysia. Tips Temuduga SPP
Sebelum anda pergi temuduga pastikan anda telah bersedia selengkapnya, terutamanya berkenaan dengan dokumen yang telah disenaraikan di Senarai Semak . Senarai Semak Temuduga SPP ini perlu disediakan sebelum anda hadir ke temuduga, kegagalan menyediakan dokumen seperti di senarai semak menyebabkan anda tidak akan dibenarkan masuk ke bilik temuduga. 7 Dokumen Penting untuk Temudga SPP adalah seperti berikut:
Comments
Post a Comment